Makluman

Sempena ulangtahun pemergian as-Syahid sayyid Qutub pada 29 Ogos 1966, Lajnah Dakwah DPPP dan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) akan mengadakan Wacana Pemikiran Sayyid Qutub”. Wacana ini akan diadakan pada 29 Ogos 2009 (Sabtu), 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari di Surau An-Nur, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, Selangor.


Penulis kitab “Ma’alim Fi alToriq” itu telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh pemerintah Mesir pada ketika itu. Terdapat pelbagai pandangan pro dan kontra berkaitan pemikiran beliau. Wacana ini akan mengupas beberapa pandangan serta menjawab beberapa kritikan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap as-Syahid.


Wacana tersebut akan dimulai dengan sesi 1 yang menampilkan Ustaz Kamaruzzaman Bin Abdullah, Pensyarah KUDQI, Terengganu. Beliau akan membentangkan syarahan bertajuk “Menyanggah Tohmahan Terhadap As-Syahid Sayyid Qutub”. Sesi 2 akan diteruskan dengan “Forum : Mengenang As-Syahid Sayyid Qutub” yang menampilkan Ustaz Nik Abduh Bin Nik Abdul Aziz (Exco DPPP) serta Ustaz Mohd Fauzi Bin Hussin (Persatuan Ulamak Kedah). Forum tersebut akan dimoderatorkan oleh Ustaz Riduan Mohd Noor (FORKAD).


Pendaftaran wacana tersebut adalah RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk pelajar / mahasiswa. Bagi 200 peserta terawal yang mendaftar pada hari tersebut akan menerima sebuah buku berkaitan As-Syahid Sayyid Qutub yang bernilai RM15 secara percuma. Untuk maklumat lanjut, hubungi Hj. Razali (016 9722556) atau Firdaus (013 2968394). Juga boleh layari http://wacana- sq.blogspot. com. Semua lapisan masyarakat dijemput hadir.

0 comments: